Tuesday, December 6, 2011

Imtihan, Masa Menuai

بسم الله الرحمن الرحيم
In The Name of Allah, The Most Kindly Merciful


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Pemilik Diri ini untuk bernafas dan menikmati segala nikmat yang telah disediakan di muka bumi ini. Kenapa tidak ku bersyukur?

Sekarang musim Imtihan / post-test/ exam. Maknanya sama sahaja kan? Masa inilah untuk kita menuai segala hasil dari ilmu yang dipelajari. Untuk bidang ilmu yang sedang saya belajar sekarang, bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi, pasti ilmu apa jua pun susah kan?

Sepatutnya, semasa tengah belajar untuk menduduki peperiksaan inilah, saya harus sediakan seurat gelang getah. Tujuannya untuk memberi didikan kepada hati agar tidak berkata perkataan "TAKUT", "SUSAHNYAAA", "MALASNYA.." Saya belum mampu mengamalkannya sebab setiap perkataan tu selalu je keluar dari mulut ini. Dhaifnya diri saya sekarang...

Didikan hati dengan menggunakan gelang getah ini saya belajar dari ceramah Prof. Dr. Muhaya. Rasanya, setiap orang xpatut lepaskan peluang berjumpa dan mendengar pengisian2 dari orang yang berilmu seperti beliau.

Jadi, untuk exam kali ini, kejayaan cemerlang yg amat saya harapkan. Inilah langkah akhir saya dari perjalanan 5 tahun di bumi Medan, Indonesia ini. Lamanya sangat terasa. Biarlah berakhir dengan sebuah kegembiraan. Kita senyum, orang lain pun senyum kan? Begitulah hendaknya.


-Wardatul Syifa'-

Saturday, December 3, 2011

Introduction

السلام عليكم

- May Allah grant peace and honour to our beloved Prophet Muhammad S.A.W and all the readers -

This is my another blog (not sure how many already, but all of them have been deleted).
I started to write again in a different way. Hope this kind of writing would improve myself as a servant of Allah S.W.T. (Amin).


-wardatul syifa'-